LAPORAN LAWATAN SAMBIL
BELAJAR SEKOLAH PERMAI INTAN
Pada 220kt 2011,Sekolah Kebangsaan Permai Intan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.Seramai 45 orang murid menyertai lawatan tersebut termasuk 5 orang guru pengiring.Pada hari tersebut,peserta dikehendaki berkumpul di tapak pehimpunan sekolah.Sebelum mereka bertolak,mereka diberikan taklimat ringkas daripada Tuan Guru Besar.Selpas selesai taklimat tersebut,peserta mengambil beg pakain mereka lalu masuk ke dalam bas secara beratur.
Perjalanan Mengambil masa selama 5 jam untuk sampai ke sana.sewaktu dalam perjalanan kami melihat keindahan Flora dan Fauna.Untuk sampai ke sana,kami perlu melalui Bandaraya Kuala Lumpur.Kmai dapat melihat juga Menara Berkembar Petronas dan Menara KLCC.
Kami sampai di Melaka pada jam 8 malam.Suasananya agak sunyi tetapi pemandangannya sungguh cantik dengan dihiasi lampu neon yang bewarna warni.Kami juga dapat melihat air pancut sewaktu berhenti di lampu isyarat.Kami menginap di Hotel Seri Malaysia.Hotelnya agak cantik.Dari segi makanan yang disediakan juga memuaskan.Pada malam itu,guru mengajak kami untuk pergi ke Melaka River Cruise.
Harga tiketnya pun berpatutan.Kami menaiki bot yang disediakan melalui Sungai Melaka.Pada waktu itu kami dapat melihat dinding yang dilukis bermacam-macam corak oleh pelajar UITM Kuala Lumpur.Kami juga turut melihat Pokok Bakau yang terkenal di sana.Pada waktu itu juga pemandu bot tersebut memberi keterangan yang lebih lanjut kepada kami.Beliau memberitahukan bahawa pokok tersebut dapat menghalang daripada tanah runtuh kerana akarnya yang kuat dapat mencengkam tanah dengan baik.
Pada Keesokanya,kami pergi melawat ke Menara Taming Sari.Kami sungguh gembira apabila kami diberitahu akan melawat ke sana.sewaktu kami dibawa ke atas menara tersebut,kami hampir melihat keseluruhan Bandaraya Melaka.Selepas itu kami pergi ke Muzium Melaka.Di sana terdapat beberapa senjata yang digunakan untuk berperang contohnya meriam,tombak,keris,pedang,pemanah dan banyak lagi.
Kemudian,kami pergi ke Kota A Famosa yang dibina oleh penjajah terdahulu.Di situ juga terdapat sebuah perigi yang dipercayai oleh orang beragama christian,apabila mereka mencampakkan duit kedalam perigi tersebut mereka dapat membuat hajat.Di situ juga terdapat seorang pak cik tua yang handal bermain Biola.Kami agak terpegun melihat beliau bermain biola.
Selepas itu,kami pergi melawat ke muzium di dalam kapal yang dikatakan kapal penjajah terdahulu.Kami dapat melihat tempat kurungan peti harta karun dan banyak lagi.harga tiket untuk masu hanya berniai RM1.00 bagi kanak-kanak dan RM2.00 bagi orang dewasa.
Setelah semua tempat sudah dilawati,kami pulang ke hotel semula.Pada ada hari terakhir,kami mengemas beg untuk pulang.Pda waktu itu hati kami sungguh berat untuk meningggalkan tempat tersebut dan berharap agar dapat pergi semula ke sana.
Disediakan oleh: 27 OKTOBER 2011
Affiq Mam
(MUHD AFFIQ BIN MAM)
Setiausaha Lawatan Sambil Belajar
Sekolah Kebangsaan Permai Intan
PAKEJ PENGINAPAN DAN LAWATAN PALING MURAH KE MELAKA BAGI PELAJAR/STUDENT SEKOLAH/KOLEJ/UNIVERSITI
ReplyDeleteKami menyediakan pakej lawatan pelajar ke Melaka dengan pakej lawatan yang sangat menarik
Penginapan asrama dan apartment akan disediakan INDAH Kembara Apartment & Hostel, Klebang Melaka akan kami sediakan.
Sila lawati http://www.indahkembara.com/
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami:
INDAH Kembara Apartment & Hostel Melaka;
(diuruskan oleh World Heritage Management)
No. 46, Jalan LJ 1, Taman Limbongan Jaya,
75250 Limbongan, Melaka
HOTLINE:
Ms Hana 013-2987378
anda juga bole menghantar mesej melalui SMS , WhatsApp
Email:
sales@worldheritage.com.my
melakatour@gmail.com
Laman web kami:
http://www.indahkembara.com
http://www.homestaymelaka.com.my
http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
http://www.worldheritage.com.my
http://www.hotelmelaka.com.my